Pada minggu yang terakhir bersama pensyarah tercinta Dr. Dayana kami telah diberi peluang untuk merasai cara menganjaran dengan menggunakan video blossoms. Ia nya amat membantu kami untuk lebih memahami semasa proses peganjaran dan pembelajaran. Di malaysia video blossoms ini hanya digunakan didalam UTM sahaja dan tidak bergitu meluas dan terkenal kerana beberapa faktor.
Ini merupakan pengalaman yang berharga sepanjang saya menghadiri kelas telekomunikasi dan rangkaian ini. kelas terakhir dr.dayana mengajar topik penting iaitu topologi rangkaian. Kami didedahkan dengan cara pengajar yang menarik dengan menonton video dan membuat praktikal di dalam kelas. Contohnya, semasa menonton video berkaitan dengan topologi bus, Dr. Dayana meminta sekumpulan pelajar untuk melakunkan cara data bergerak dengan betul dalam aliran rangkaian tersebut.
Akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya kerana mengajar saya dalam kelas telekomunikasi dan rangkaian. Saya amat beruntung kerana pertemukan saya dengan pensyarah yang berhati mulia dan diharapkan mereka akan mengajar kami lagi dalam kelas yang akan datang. Selain itu saya memohon maaf jika ada ternakal atau salah silap semasa di dalam kelas mahupun diluar kelas. Diharapakan kelas ini memberi banyak kesan yang positif kelas dan digunakan dengan cara yang betul.