Ahad, 28 Februari 2016

REFLEKSI- KOMUNIKASI DATA

ASSALAMUALAIKUM......


          Pada minggu ini saya mempelajari topik komuniksi data.


Berikut merupakan peta minda bagi topik komunikasi data yang saya buat dalam aplikasi mindomo. Mindomo merupakan satu aplikasi yang menarik yang boleh digunakan kepada pelajar-pelajar. Ianya mudah digunakan dan tidak perlu mengeluarkan sebarang kos hanya memerlukan penggunaan internet. mindomo juga boleh digunakan dimana-mana sahaja.

       

langkah-langkah mudah untuk menggunakan mindomo
1) klik pada link mindomo ini
2) tekan pada sign up
3) lengkapkan nama anda, email serta password dan sign up
4) buka email anda dan sahkan email. mindomo selesai untuk digunakan.



 KOMUNIKASI DATA 

Komunikasi data adalah proses komunikasi yang secara khusus untuk mengirimkan data dari pengirim kepada penerima melalui  sesuatu media transmisi.
.                                                     
media transmisi
Jenis signal

Data boleh dipersembahkan daripada pelbagai bentuk iaitu dari text, suara atau bunyi, gambar,dan video. Semua jenis maklumat perlu ditukar dalam signal yang boleh difahami oleh media komunikasi agar dapat dihantar data dari satu tempat ke tempat yang lain.

Terdapat dua jenis signal
1) signal analog
2) signal digital


Signal analog

Signal analog adalah seperti suara manusia. Ianya terbentuk berterusan dan tahap voltage berbeza yang membentuk gelombang. Gelombang yang terbentuk boleh difahami oleh pemancar analog seperti mikrofon. Signal analog melibatkan 2 ciri parameter iaitu kekerapan (frequency) dan amplitud.

               

Signal digital

Penghantaran digital ialah penghantaran  binari elektrik dan denyutan cahaya  yang hanya mempunyai dua peringkat , 0 dan 1. Ini merupakan bahasa komputer. Secara grafik, ia dipersembanhkan dalam bentuk gelombang petak. Signal digital perlu ditukar kepada signal analog untuk dihantarkan melalui garisan PSTN  yang bertindak sebagai penghantaran media.

              




Mode penghantaran data

Penghantaran selari bermaksud kumpulan bit dihantar pada masa yang sama dngan menggunakan garisan berasingan untuk setiap bit.

Penghantaran sesiri menghantar semua bit selepas  satu garisan. cara menghantaran ini adalah perlahan berbanding penghantaran selari. Walaubagaimanapun, ianya cara terbaik bagi komunikasi data yang perlu dihantar data dalam jarak yang jauh. terdapat 3 mode penghantaran sesiri iaitu penghantaran synchronous, penghantaran asynchronous dan penghantaran isochronous.



Data mengalir ( data flow)

Semasa berkomunikasi antara dua jenis peralatan, proses pertukaran data boleh  dilakukan sama ada 3 gaya operasi.

1) Simplex- data atau maklumat dihantar pada satu arah sahaja.
   contoh : menonton tv


              


2) Half-duplex - mesej boleh dihantar pada dua arah, tapi  tidak pada masa yang sama. 
     contoh : walkie-talkie.


        


3)Full duplex- kedua-dua stesen  boleh dihantar dan menerima serentak.
    contoh : telefon
                                    

          


Kesimpulannya

komunikasi data berkebolehan untuk menghantar maklumat  dan sangat penting dalam masyarakat semasa termaksuklah agensi kerajaan,untuk perniagaan serta keperluan peribadi.

          

                        

Isnin, 22 Februari 2016

REFLEKSI- TELEKOMUNIKASI DAN RANGKAIAN


PENGENALAN KEPADA TELEKOMUNIKASI





telekomunikasi dan rangkaian
Pada minggu pertama bagi sesi pembelajaran dan pembelajaran bagi kursus telekomunikasi dan rangkaian bersama pesyarah  Dr Noor Dayana Abd Halim. Dr Dayana telah memberi kuliah pertama dalam kelas pertama kami iaitu pengenalan kepada telekomunikasi. apa yang saya mahukan di dalam kelas ini adalah pemperolehi ilmu baru yang boleh digunakan pada masa hadapan. Subjek ini merupakan subjek yang berkait dengan teknologi. sedia maklum bahawa perkembangan teknologi adalah semakin meluas dari semasa ke semasa. Jadi saya mengharapkan subjek ini dapat memberi banyak bantuan kepada saya.

Apa yang saya perlu adalah mengikuti segala benda yang Dr. Dayana arahkan, seperti melakukan kerja kursus, membuat aktiviti ringkas di dalam kelas, mahupun membuat kerja di dalam blog. Ini adalah pengalaman baru pada saya mengunakan teknologi internet untuk menghantar dan membuat tugasan. saya percaya ini adalah langkah-langkah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi. Selain itu, saya rasa kelas ini amat berkait dalam pengajian saya kerana ianya adalah teknologi. Saya dapat mengunkan kemahiran ini untuk tujuan lain seperti menghasilkan kerja kursus yang lebih berkualiti. 

Pada permulaannya, dalam pemikiran saya di dalam kelas ini adalah sesuatu yang sukar untuk saya pelajari. Setelah kelas tamat saya merasakan bahawa saya ada peluang untuk pemperbaiki penggunaan teknologi dengan nasihat dan dorongan yang diberikan oleh Dr.dayana. Saya juga suka dengan cara penyampaian beliau mudah untuk difahami dan telah memberi rangsangan kepada saya. Sifat tegas nya juga merupakan sifat yang saya sukan untuk seorang pendidik kerana mampu membentuk saya untuk lebih berdisiplin dan berhati-hati. Oleh yang demikian saya mengharapkan hasil yang baik daripada saya yang boleh ditampilkan dalam kelas telekomunikasi dan rangkaian untuk memperolehi keputusan yang baik nanti. InsaAllah.. 




Komunikasi
                                  
 komunikasi adalah tindakan komunikasi yang merangkumi semua prosedur yang mana satu mesej yang memberi kesan kepada orang lain. secara mudah komunikasi adalah penyampaian maklumat, atau pertukaran fikiran, idea-idea, pengetahuan atau maklumat. komunikasi boleh disampaikan dengan

                  




proses kominikasi melibatkan 6 elemen iaitu:-
-pengirim ( endoder ) 
-masej
-saluran
-penerima (decoder )
-noise
-feedback

Telekomunikasi

Telekomunikasi bermaksud komunikasi jarak jauh,  ia juga boleh didefinisikan proses menghantar atau menerima maklumat dari jarak yang berbeza dengan bantuan elektrik dan tenaga magnet elektrik. bentuk maklumat adalah seperti dari suara atau bunyi, video dan data.

tele= jauh
communication= komunikasi


Elemen komputer dan teknologi komunikasi 6 elemen melibatkan

manusia
- Prosedur
- Data / Maklumat
- Perkakasan
- Software
- Komunikasi / Kesambungan


sekian terima kasih..